Saturday 2 April 2016

Kulit yang cantik dan sihat

Untuk mendapatkan kulit yang sihat dan cantik adalah memerlukan satu usaha yang berterusan. Hasil yang diperolehi dengan cara singkat pasti kesan juga bersifat "singkat". Apa guna menggunakan produk yang dikatakan dapat mengubah kulit wajah dalam tempoh 2 jam sedangkan kesan selepas dua bulan adalah perit.
Kulit yang bermasalah bertahun-tahun secara logiknya memerlukan masa yang rational untuk sembuh dengan produk yang baik. Pernahkah kita dengar sesuatu produk yang memberikan kesan yang lebih jelek kepada kulit wajah selepas diberhentikan penggunaannya?
Apakah sebab utama mengapa pengguna memberhentikan penggunaan sesuatu produk walaupun pada asalnya memberi kesan yang baik pada permulaannya? Salah satunya adalah harga. Sesuatu produk yang memberi kesan drastik biasanya menawarkan harga yang tinggi membuatkan pengguna tidak mampu untuk meneruskan penggunaan produk tersebut. Jadi ,pilihlah produk yang baik dengan harga mampu milik dan yang memberi kesan yg baik dalam tempoh yang rational. Produk apa tu yer?

Salam sayang,
Emma dan Dira


No comments:

Post a Comment